Aplikasi Kahoot!!!

kahoot

Kahoot merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk merangsang minat murid semasa proses P&P melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon pintar.

Guru dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin dihadapan kelas akan menjadi paparan utama yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadikan murid fokus dalam menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas.

Di samping itu, murid juga dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui permaian secara interaktif. Bukan itu sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan dan mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan. Penggunaan Kahoot dalam P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.

Tutorial Kahoot!!

 

Advertisements

Apa itu ICT?

ICT ialah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, P&P serta pendidikan sepanjang hayat – KPM
Menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar.
PenekananKPM ke arah penggunaan ICT dengan melaksanakan berbagai program pengkomputeran di pelbagai peringkat dan selanjutnya mewujudkan Sekolah Bestari.
Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan – KPM
1. Literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Mengutama peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat
P & P.
3. Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan.

Teknik Rasulullah SAW mendidik anak-anak

TIPS ANAKKU

MARHALAH PERTAMA : MASA PEMBEBASAN DAN PENDIDIKAN LISAN ( Bayi hingga umur 7 tahun)

Marhalah atau peringkat ini adalah peringkat yang mana seorang anak itu bebas daripada apa-apa tuntutan dan tanggungjawab.

MARHALAH KEDUA : MASA PENDIDIKAN PRAKTIKAL ( Umur 7 tahun hingga baligh)

Peringkat ini adalah peringkat anak-anak sudah mengjangkau tamyiz atau mumaiyiz, iaitu sudah dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk.

MARHALAH KETIGA : MASA BERTANGGUNGJAWAB (Baligh sehingga menjangkau dewasa)

Peringkat ini adalah tatkala umur anak-anak sudah menjangkau lebih kurang sepuluh ke atas, rata-rata mereka sudah sampai kepada umur baligh, cukup umur atau umur matang. Inilah peringkat di mana anak-anak seharusnya bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.

Kredit untuk buku “”Kaedah Mendidik Isteri & Anak , Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam’ karangan Abdul Rahman Mohamed.”

35 Petua Belajar Cemerlang dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca.
15480_545458382132341_1886701149_n_large
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

 

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
  • kita ingat 10 % apayang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
 5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
  • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • mengingat kembali (recall)
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepanuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
  • duduk tegak dikerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utama
  • catat/lakar
  • semak semula ketepatan maklumat
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • buat rumusan
  • jawab soalan
  • tampal maklumat yang rumit di dinding
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan organ dalaman
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • jangan melihat buih
  • jangan membaca nama pada batu nisan
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
  • tampal nota-nota penting di dinding
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • gunakan kaedah akronim
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
  • mempunyai jadual belajar
  • patuh kepada jadual
  • buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada Allah
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran

 

Topic – Kebocoran UPSR

Kenapakah kebocoran UPSR boleh berlaku baru-baru ini ?

Kebocoran berlaku walaupun undang-undang berkaitan kebocoran dokumen rasmi sudah pun ada iaitu Akta Rahsia Rasmi yang memberi hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun kepada si pelaku dan pelbagai prosedur ketat proses penghasilan, pencetakan, pengangkutan dan penyimpanan kertas soalan  telah diambil kira oleh pihak berkuasa.

Punca asas timbul isu ini ialah :

– Tiada nilai integriti/amanah dalam kalangan individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses menyediaan, penyimpanan dan juga pengedaran kertas soalan kepada pelajar.

– Sabotaj juga adalah punca soalan UPSR bocor. Kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini agak keras. Namun bagi kita ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Dalam dunia ni, apa saja boleh berlaku. Tiada yang mustahil.

– Ada juga pihak yang berpendapat bahawa kebocoran soalan ini berlaku kerana pihak guru dan juga pihak sekolah yang ingin meraih anugerah sekolah terbaik dan pelajar terbaik. Kita tidak tahu sejauhmana kebenaran dakwaan ini. namun, jika benar perkara seumpama ini berlaku, pihak guru dan pihak sekolah sebenarnya menganiaya pelajar. Jika pun sekali mereka berjaya, Kejayaan mereka diraih bukan kerana kecemerlangan sebenar pelajar tetapi dibantu oleh soalan bocor.

– Kurangnya nilai murni kerohanian dalam diri manusia.  Sifat bertanggungjawab dan amanah yang membawa kepada kepatuhan undang-undang telah dipinggirkan. Kelompangan elemen kerohanian dalam jiwa punca kepada segala kemelut isu sosial dalam masyarakat.

– Isu korupsi seperti pecah amanah, makan rasuah, tidak bertanggungjawab dan berbagai-bagai jenis perlakuan jenayah tidak dapat dibenteras semata-mata dengan undang-undang.  Ini disebabkan undang-undang hanya menghukum pada mereka yang melakukan kesalahan secara zahir.  Kesalahan mesti dibuktikan dengan kesaksian.  Tanpa kesaksian, individu yang licik akan bebas melakukan perkara buruk kerana mereka rasa akan terlepas dari tindakan undang-undang.

Apakah cadangan langkah-langkah strategik untuk memastikan isu ini tidak berulang kembali?

Bagi menjaga kerahsiaan peperiksaan awam dan mengelak ia dikompromi, antara langkah keselamatan yang diguna pakai ialah:

i- Memperketatkan SOP dengan memperhalusi secara terperinci SOP penyediaan kertas soalan bagi memastikan kes kebocoran kertas peperiksaan itu tidak berulang pada masa akan datang. Soal keselamatan dalam SOP penyediaan kertas peperiksaan sehingga proses ia dibawa masuk ke sekolah perlu ditambah baik dan dipatuhi selain pegawai yang diberi kuasa perlu menjaga amanah yang diberi.

ii- Kementerian Pendidikan diharap membuat penambahbaikan terhadap mekanisme penyediaan soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di masa depan, termasuk memberi penekanan kepada aspek integriti/amanah setiap pegawai serta sikap profesionalisme dalam diri guru-guru perlu diberi penekanan yang tinggi dari semasa ke semasa untuk memberi kesedaran dan meningkatkan tahap integriti secara maksimum dan menyeluruh.

iii- Mengenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada yang bersalah sebagai peringatan serta dapat dijadikan pengajaran agar kejadian yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

 

Majlis APC & Jamuan Hari Raya

Jenis-jenis Teknologi Pendidikan

🙂 JENIS-JENIS TEKNOLOGI PENDIDIKAN 🙂

OK, teknologi pendidikan terbahagi kepada dua iaitu :

  • Media elektronik
  • Media bukan elektronik

Media eletkronik merupakan bahan pengajaran yang berfokuskan kepada bahan elektronik, antara bahan media elektronik untuk teknologi pendidikan adalah seperti:

Televisyen

tv

Komputer

komputer

Radio

radio

Laptop

lappy

Kamera

kamera

Projektor

projektor

Media bukan elektronik adalah lebih luas di gunakan dalam Teknologi Pendidikan. Media elektronik merupakan bahan media yang bukan bermesin. Antara bahan media bukan elektronik yang digunakan dalam teknologi pendidikan adalah seperti :

Buku Teks

buku teks

Papan Hitam

papan hitam

Kapur

kapur

Surat Khabar

surt khabr

Sebenarnya banyak lagi bahan media elektronik dan bahan media bukan elektronik untuk teknologi pendidikan yang digunakan dalam proses p & p, namun ini merupakan contoh-contoh biasa yang sering digunakan 🙂